UPSR Latihan - Peribahasa

 

1.      “Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan kampung kita kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” ucap ketua kampung itu kepada seluruh penduduk kampung.

 

2.      “Lupakanlah perkara yang lalu. Buang yang keruh, ambil yang jernih,” nasihat ibu kepada kakak.

 

3.      Kita hendaklah berusaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum, bak kata pepatah, “seikat bagai sirih, serumpun bagai serai”.

 

4.      “Kata orang  tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin kamulah pemenang dalam pertandingan itu,” kata Junaidi kepada Kamilah.

 

5.      Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu bagai Belanda meminta tanah.

 

6.      Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai bagai melepaskan anjing tersepit.

 

7.      Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti air dicencang tidak akan putus.

 

8.      Dia memang besar diri kerana bapanya kaya.

 

9.      Mereka sanggup berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan negara kerana biar putih tulang, jangan putih mata.

 

10.  Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

Comments

Popular posts from this blog

PT3 Ulasan - Punca-punca ponteng sekolah

PPSR Ulasan - Cara-cara penjagaan kesihatan

PT3 Ulasan - Pantau Penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak