PT3 Ulasan - Punca-punca ponteng sekolah

 

    Masalah ponteng sekolah merupakan satu fenomena negatif yang sering berlaku dalam era Pendidikan hari ini. Pelajar terbabit biasanya kehilangan minat untuk belajar kerana kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran. Mereka bosan akan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, ibu bapa menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa sibuk untuk mencari mata pencarian dan kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Di samping itu, sikap guru yang sambalewa dalam tugas mereka menyebabkan pelajar hilang minat belajar. Contohnya, guru bertindak negatif terhadap murid yang kurang pandai. Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab untuk membaik pulih sistem pendidikan negara supaya negara kita lebih maju.

Comments

Popular posts from this blog

PPSR Ulasan - Cara-cara penjagaan kesihatan

PT3 Ulasan - Pantau Penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak