PPSR Ulasan - Cara-cara penjagaan kesihatan
Gambar menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian kita.
Pertamanya, kita haruslah mandi sekurang-kurang dua kali sehari untuk memastikan badan kita tidak dijangkiti kuman. Selain itu, makan makanan yang seimbang sangat penting kepada badan kita. Hal ini demikian kerana kita dapat menjamin kesihatan dan tidak mudah diserang penyakit. Tambahan pula, kita boleh menjaga kesihatan dengan cara bersenam. Melalui bersenam, kita dapat mengeluarkan toksik-toksik badan yang berlebihan. Kebersihan rumah juga perlu dijaga dengan sempurna supaya nyamuk tidak membiak lalu menyebabkan penyakit denggi. Akhirnya, pemeriksaan badan dinasihatkan dilakukan secara setahun sekali.
Konklusinya, kita patut menjaga kesihatan sendiri supaya bebas daripada penyakit.
Comments
Post a Comment